Pembinaan Laman Web sekolah adalah merupakan satu projek yang akan membawa sekolah ini ke alam siber dalam usaha memenuhi cabaran Wawasan 2020.

Selaras dengan matlamat negara untuk maju dalam bidang Teknologi Maklumat atau IT, adalah diharapkan pelajar-pelajar akan dapat menimba manafaat dari peluang yang ada, kerana di masa depan, bidang IT, terutamanya Multimedia adalah bidang yang sangat luas prospeknya. Kita akan ketinggalan jika kita tidak mengejarnya. Akauntan, jurutera, doktor, peguam malah semua ahli profesional pada masa depan akan tertinggal di belakang jika pengetahuan IT ini dikesampingkan.

 Saya amat berterima kasih kepada guru-guru sekolah ini yang begitu komited dalam mengusahakan Laman Web Sekolah. Mereka merupakan "web master" yang akan menerajui sekolah ini dalam menempuh alaf baru. Adalah diharapkan, mereka ini akan dapat meletakkan sekolah ini pada status MSC, suatu ketika nanti. Lokasi sekolah yang terletak jauh di luar bandar bukanlah penghalang usaha ke arah itu.Terima kasih.

Abdul Jalil Abdul Aziz

Pengetua SMKPK.