Pada 8 Nov. 2000 yang lalu, Y.B. Datuk Yahya Abdul Hamid ADUN Pinang Tunggal telah melancarkan Kempen Kebersihan dan Keceriaan peringkat sekolah. Kelihatan beliau sedang menanam sebatang pokok Palma di dataran perhimpunan
 
  Pada 11 Ogos 2001, pihak sekolah telah mengadakan acara 'Merentas Desa' dan 'Hari Kantin' bagi pelajar-pelajar sekolah. Pada hari yang sama juga 'Majlis Pemimpin Bersama Rakyat' dan 'Perasmian Surau' sekolah telah disempurnakan oleh ADUN Pinang Tunggal, Datuk Yahya Hamid.Hampir 6000 orang pengunjung telah datang untuk menyaksikan pelbagai acara dan pameran oleh pelbagai pihak seperti Tentera, Bomba, JPA, Kastam dll.
 
  Pada 9 Mac 2001, pihak sekolah telah mengadakan majlis kurban sempena 'Hari Raya Aidil Adha'. Dua ekor lembu telah dikurbankan . Semua warga SMKPK telah dijamu dengan nasi dan gulai daging lembu.
 
  Kami juara!.....pasukan bolasepak B18 SMKPK telah berjaya menjadi johan bagi pertandingan bola sepak MSSPP Zon Kepala Batas 2002. SMKPK telah mengalahkan pasukan SMK Bakti, Tasek Gelugor dengan jaringan 6-2. Tahniah kepada En. Nazri selaku ketua jurulatih dan para pemain.....kita boleh!
 
  Pasukan olahraga SMKPK sedang melintasi pentas utama ketika upacara perasmian Kejohanan Olahraga MSSPP Zon Kepala Batas di Kompleks Sukan MPSP pada 11 mac 2002. Aida Zuriyanti telah terpilih sebagai peserta wanita terbaik kelas 1...tahniah.
 
  SMKPK telah diberi kepercayaan untuk menjadi pengelola Kejohanan Olahraga MSSPP Zon kepala Batas bagi tahun 2002. Tahniah kepada Tuan Pengetua dan guru-guru lain yang telah berjaya menjalankan tugas dengan baik.(Kelihatan Tuan pengetua dan tetamu kehormat membalas tabik hormat peserta kejohanan.)