Home  
Terbinanya Laman Web sekolah ini adalah satu kejayaan yang amat besar ertinya untuk warga sekolah ini terutamanya di dalam kita menempuhi cabaran zaman era Informasi Teknologi atau IT. Era ini memerlukan seseorang itu mendapat maklumat yang pantas dan mudah lagi canggih untuk menimba pengetahuan dan menjadikan kita sentiasa dalam keadaan bermaklumat.Dengan adanya Laman Web ini,di harapkan memudahkan sekolah-sekolahataupun pihak-pihakyang berminat dapat berinteraksi dengan sekolah ini untuk mendapat
Latar belakang  
Kata aluan  
Keluarga  
Kejayaan  
Aktiviti  
Akademik  
PSB  

maklumat berkenaan sekolah ini.Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menigkatkan tahap pendidikan di Malaysia bertaraf dunia maka pelajar- pelajar saharusnya tidak ketinggalan dalam ilmu IT dan Multimedia yang berkembang pesat di Malaysia sekarang. Pelajar-pelajar mestilah berusaha melengkapkan ilmu pengetahuan ini (Celik Komputer) supaya tidak tertinggal kebelakang dalam menempuh arus era ini. Penguasaan kita dalam bidang ilmu ini dengan cara tidak langsungnya akan membantu negara kita menjadi maju dan akan berjaya mencapai wawasan 2020.

Sya juga ingin mangambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada guru-guru dan pelajar sekolah ini yang terlibat secara langsung atau tidak lansung di dalam projek ini. Mereka begitu komited dalam mengusahakan Laman Web Sekolah. Kepada guru-guru yang terlibat, mereka merupakan "Web-Master" yang akan menerajui sekolah ini dalam menempuh alaf baru. Usaha yang murni tanpa mengenal jemu akan membuahkan hasil yang terbaik untuk dimanfaatkan oleh anak didik yang tercinta khasnya dan warga sekolah ini amnya. Insyaallah.Sekian, terima kasih. Pengetua: En. Daud Hasanuddin.