Make your own free website on Tripod.com
 
  Terletak kira-kira 24 km. ke timur laut bandar Butterworth, SMKPK diwujudkan sebagai sebuah institusi pendidikan kawasan luar bandar,dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Paya Keladi (SKPK) mulai 1989.
 
  17 September 1990, sekolah ini berpindah ke bangunannya sendiri di hadapan Kompleks Mardi Wilayah Utara, di atas tanah seluas 6.05 hektar.
 
  Kini, SMKPK berdiri megah dengan segala kemudahan yang ada seperti makmal komputer, asrama desa, surau dan lain-lain lagi. Ia kini mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sekolah-sekolah lain di Kepala Batas