Contoh-contoh burung adalah seperti merpati, gagak,
helang, itik, ayam dan lain-lain lagi.
Antara ciri-ciri burung adalah:
- Mempunyai keupayaan untuk terbang menggunakan
sayap yang terbentuk dengan sempurna.
- Kebolehan untuk berenang bagi setengah spesies
contohnya itik dan angsa.
- Badan diselaputi oleh bulu pelepah.
- Mulut yang berbentuk paruh untuk pelbagai fungsi
seperti menghisap, memecah, mengoyak dan lain-lain lagi.
- Merupakan haiwan homoiterma.
- Menjalankan persenyawaan dalam.
- Membiak melalui telur yang bercengkerang.