Contoh-contoh haiwan mamalia adalah seperti arnab,
harimau, lembu, kelawar, platipus,
ikan paus dan lain-lain. lagi.
Antara ciri-ciri haiwan mamalia adalah:
- Tubuh badan yang berbulu atau berambut.
- Mempunyai suhu tubuh badan yang tetap atau homoiterma.
- Membiak secara melahirkan
anak kecuali platipus.
- Haiwan betina menyusukan anaknya.
- Bernafas menggunakan peparu,dimana struktur diafragma
memisahkan bahagian dada dan abdomen.
- Menjalankan persenyawaan di dalam badan.
- Mempuyai otak yang terbentuk dengan lengkap dan
kompleks.
- Kulit mempunyai kelenjar peluh yang boleh menghasilkan
peluh.
- Terdapat pelbagai bentuk gigi dengan fungsi yang
berlainan.